Saturday, April 13, 2013

Astagfirullah....

26 Mac 2013 menjadi titik penting dalam hidupku.Betapa aku bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk terus menghambakan diri padaNya.Sungguh tidak ku sangka pada pagi itu setelah aku solat subuh dadaku terasa semacam ada satu tekanan yang kuat.Badanku berpeluh...peluh yang sangat sejuk.Aku memanggil isteriku , dia amat terkejut. Disebabkan isteriku seorang pegawai perubatan dia amat memahami apa yang berlaku.Aku dikejarkan ke hospital Batu Pahat.Di unit kecemasan doktor bertungkus lumus menyelamatkan nyawaku.Aku disahkan mendapat serangan jantung.Mulai hari itu aku telah di tahan di wad.Badan rasa tidak bermaya kerana setiap ketika darahku di ambil untuk ujian.Sampai satu peringkat nurse yang bertugas tak tau bahagian mana lagi yang hendak dicucuk.

29 Mac 2013 Aku dibenarkan keluar hospital.Setelah empat hari barulah aku dapat menatap wajah anak-anakku.Aku peluk mereka bertiga dengan linangan air mata.Mereka masih kecil belum memahami apa yang sebenarnya berlaku.Yang mereka tahu ayah sedang sakit.

1 April 2013 Aku pergi ke IJN KL dengan ditemani isteri dan anak saudaraku, Amy.Sepanjang perjalanan aku rasa amat lemah sekali.Aku hanya mampu berbaring di dalam kereta.Sementara isteriku dan Amy rancak berbual aku terus terlena.

2 April 2013 Aku bertemu dengan pakar kardiologi, Dr Alan.Doktor menerangkan yang aku perlu menjalani satu prosedur yang di kenali sebagai Angiogram dan Angioplasty.Prosedur akan dibuat pada 10 April 2013.

3 April 2013 Rakan sekerja, Man dan Alim datang menziarahi ku.Petang itu juga kakak dan abang iparku datang.daripada nada perbualan aku dapat merasakan ada sesuatu yang hendak disampaikan. memang benar...kakakku datang untuk menyampaikan berita yang abangku yg juga menderita sakit jantung di HSA telah meninggal dunia.Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada ketika itu.tapi ku tabahkan semangat.Aku mohon disampaikan salam kepada ayahanda yang aku tidak dapat balik ke kampung..Mereka memahami keadaanku.

10 April 2013 Aku menjalani prosedur Angiogram.Aku di bawa memasuki dewan bedah jam 2.00 petang.Doktor Lim dan Dr Alan memulakan prosedur.Prosedur yang pada awalnya dijangka hanya 2 jam berlanjutan sampai 6 jam.Selama 6 jam itulah dalam keadaan sedar doktor berusaha membuat prosedur angioplasty.mereka menghadapi masalah kerana salur darahku berliku-liku.Disaat itulah aku terbayang semua wajah orang yang tersayang.Mental dan fizikal ku semakin lemah.Aku cuba mencari kekuatan dengan berzikir dan redha dengan apa juga yang akan terjadi.Kalau ini memang kafarah, aku redha menerima ketentuannya.Alhamdulillah..akhirnya aku selamat menjalani prosedur berkenaan.

Betapa aku bersyukur atas nikmat yang diberikan dan helaan nafaz yang diberikan ku  dengan lafazkan dengan kalimah  alhamdulillah...



1 comment:

  1. ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Today Funnies | Largest Collection of Latest Funny Videos, Funny Pictures, Funny Girls, Funny Babies, Funny Wife, Funny Husband, Funny Police, Funny Students And Cartoon Plus Bizarre Pics Around The World.
    Just Visit 2 My Site...
    http://todayfunnies.com

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    ~*~ Free Online Work At Home ~*~
    Here's Everything You Need to Know About Online Working At Home, Including Where to Find Work At Home Job Listings,
    The Best Sites For Finding Work At Home Jobs And How to Avoid Work From Home Scams.
    Visit...
    http://SooperOnlineJobs.blogspot.com/

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    ReplyDelete