Saturday, November 21, 2015

UPSR 2015


Tahniah Haziq.4A1B Syukur kepada Allah SWT atas kejayaan ini.Terima kasih juga kepada guru-guru SK Seri Binjai atas kecemerlangan ini.
ALAMANDA PUTRAJAYA
  

Lama tak update blog.Masa tidak mengizinkan.
 

Saturday, April 13, 2013

Astagfirullah....

26 Mac 2013 menjadi titik penting dalam hidupku.Betapa aku bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk terus menghambakan diri padaNya.Sungguh tidak ku sangka pada pagi itu setelah aku solat subuh dadaku terasa semacam ada satu tekanan yang kuat.Badanku berpeluh...peluh yang sangat sejuk.Aku memanggil isteriku , dia amat terkejut. Disebabkan isteriku seorang pegawai perubatan dia amat memahami apa yang berlaku.Aku dikejarkan ke hospital Batu Pahat.Di unit kecemasan doktor bertungkus lumus menyelamatkan nyawaku.Aku disahkan mendapat serangan jantung.Mulai hari itu aku telah di tahan di wad.Badan rasa tidak bermaya kerana setiap ketika darahku di ambil untuk ujian.Sampai satu peringkat nurse yang bertugas tak tau bahagian mana lagi yang hendak dicucuk.

29 Mac 2013 Aku dibenarkan keluar hospital.Setelah empat hari barulah aku dapat menatap wajah anak-anakku.Aku peluk mereka bertiga dengan linangan air mata.Mereka masih kecil belum memahami apa yang sebenarnya berlaku.Yang mereka tahu ayah sedang sakit.

1 April 2013 Aku pergi ke IJN KL dengan ditemani isteri dan anak saudaraku, Amy.Sepanjang perjalanan aku rasa amat lemah sekali.Aku hanya mampu berbaring di dalam kereta.Sementara isteriku dan Amy rancak berbual aku terus terlena.

2 April 2013 Aku bertemu dengan pakar kardiologi, Dr Alan.Doktor menerangkan yang aku perlu menjalani satu prosedur yang di kenali sebagai Angiogram dan Angioplasty.Prosedur akan dibuat pada 10 April 2013.

3 April 2013 Rakan sekerja, Man dan Alim datang menziarahi ku.Petang itu juga kakak dan abang iparku datang.daripada nada perbualan aku dapat merasakan ada sesuatu yang hendak disampaikan. memang benar...kakakku datang untuk menyampaikan berita yang abangku yg juga menderita sakit jantung di HSA telah meninggal dunia.Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada ketika itu.tapi ku tabahkan semangat.Aku mohon disampaikan salam kepada ayahanda yang aku tidak dapat balik ke kampung..Mereka memahami keadaanku.

10 April 2013 Aku menjalani prosedur Angiogram.Aku di bawa memasuki dewan bedah jam 2.00 petang.Doktor Lim dan Dr Alan memulakan prosedur.Prosedur yang pada awalnya dijangka hanya 2 jam berlanjutan sampai 6 jam.Selama 6 jam itulah dalam keadaan sedar doktor berusaha membuat prosedur angioplasty.mereka menghadapi masalah kerana salur darahku berliku-liku.Disaat itulah aku terbayang semua wajah orang yang tersayang.Mental dan fizikal ku semakin lemah.Aku cuba mencari kekuatan dengan berzikir dan redha dengan apa juga yang akan terjadi.Kalau ini memang kafarah, aku redha menerima ketentuannya.Alhamdulillah..akhirnya aku selamat menjalani prosedur berkenaan.

Betapa aku bersyukur atas nikmat yang diberikan dan helaan nafaz yang diberikan ku  dengan lafazkan dengan kalimah  alhamdulillah...



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Tinggal satu hari lagi menjelang Syawal.Hari raya ialah kemenangan umat Islam melawan nafsu.Walau dalam apa  juga keadaan hari raya tetap disambut.Bagiku hari raya banyak mengimbau kisah-kisah lama.Kerana zaman kanak-kanak hari raya terasa begitu meriah.Bila dah meningkat dewasa ni macam dah kurang sikit.Tetapi seronok juga melihat gelagat anak yang baru belajar berpuasa.Rasa penat juga tiap-tiap minggu pergi ke mall.Ada jer barang yang nak dibeli untuk anak2 gembira.

Mengimbau kenangan lama hari raya aku mesti terkenangkan arwah emak.Pada bulan ramadhan biasanya aku akan membantu emak membuat kuih memandangkan kakak-kakaku semua sudah berumahangga dan duduk berjauhan, akulah yang biasanya menolong.Bahan-bahan arwah emak akan sediakan dan aku tolong buat dan goreng.Kuih baulu, rempeyek,kuih goyang, maruku,batang buruk,kuih buah kana dan dodol.Aku pernah tolong sediakan.Kadang-kadang kakak aku order jadi kena buat lebih.nanti dapat ang paulah.tapi lepas aku masuk U, kemudian kerja dan mendirikan rumahtangga aku dah tak dapat nak menolong.tetapi biasanya bila aku nak balik semula ke U, arwah mak akan bawakan kuih buat bekalan.Kini semuanya tinggal memori.Hanya doa ku panjatkan  moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.

Kenangan raya masa kecil2 di kampung memang seronok.Biasalah budak lelaki kalau tak main meriam buluh tak sah.Tambahan pulak masa tu ada filem perang macam Combat dan Ba ba Black Sheep.Kira expert jugalah buat meriam buluh ni.Alamdulillah tak pernah tercedera pun.Lepas habis raya, meriam tadi simpan dalam parit, next year boleh pakai lagi.

Sekarang dah berumahtangga lain pulak tanggungjawabnya.Kena siapkan pakaian anak2 dan hiaskan rumah sikit.Hiasan kat rumah untuk raya ni aku dan isteri buat simple jer.Maklumlah aku baru jer dapat tukar balik ke BP awal Ramadhan.Jadi persiapan tu buat yang termampu dulu.Kalau ikutkan memang banyak yang nak dibuat.Mungkin raya tahun depan kot.Inshallah ada rezeki lebih.

Persiapan raya simple je.,

Friday, August 3, 2012

SYUKUR

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya keluargaku dapat bersatu semula di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku tempuhi selama ini.Biarlah ia tersimpan dalam lipatan memoriku.Pengalaman mengajar aku erti kedewasaan.
Kini aku bertugas ditempat baru, mendapat rakan-rakan sekerja yang baru.Aku perlu menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.Keadaan di sini agak memberi cabaran kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa.Aku cuba gunakan segala pengalaman yang ada untuk cuba mengatasinya.

Tuesday, May 29, 2012

URTI

Dah masuk 3 hari masih tak sembuh-sembuh.Hidung sumbat, dada sakit tekak perit.Jarang aku kena lama mcm ni. Biasanya telan panadol sebijik terus hilang.Tak tau virus apa yg datang.Harap x jangkit kat anak-anak.Time cuti pulak tu...x best langsung, ingat nak bawak budak jalan2.Nampaknya kena postpone dulu sampai aku sembuh.

Friday, May 25, 2012

140/98

Aku masih mengharapkan agar permohonan pindah ku ke diluluskan bulan Jun ini. Berbagai pengalaman ku lalui kerana karenah birokrasi yang menyesakkan.Terima kasih kepada yang sudi membantu dan terimakasih juga  kepada yang mendoakan.Sesiapa sahaja yang berada ditempatku akan membuat perkara yang sama.Tugas dan kekeluargaan sama pentingnya.Namun demi keluarga kena lebih banyak berkorban.Akulah satu-satunya harapan.Dalam tugas pula ramai yang boleh mengambil alih.Tetapi sedih juga bila ada karenah birokrasi serta phobia kehilangan. Aku takkan menyerah begitu awal. Satu pintu tertutup, janganlah terlalu lama merenung pintu yang tetutup itu. Sehingga terlupa banyak lagi pintu-pintu yang boleh dibuka.
......SESUNGGUHNYA ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR,