Monday, May 7, 2012

Trauma

Betapa bersyukur ku panjatkatan kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Tarikh 13 April 2012 aku telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.Walaupun tidak mengalami kecederaan yang serius tetapi jika ada kenderaan lain pada masa itu tak taulah apa akan terjadi kepada aku dan anak-anak.Petang tu selepas mengambil anak yang sulung dari sekolah agama, aku terus bertolak dari Tenggaroh ke Batu Pahat.Seperti biasa anak-anak berasa seronok kerana dapat berjumpa dengan ibunya.....bapaknya tumpang seronok sama hehe...

Sampai disekeloh berdekatan Kem PLKN Kluang ada besi melintang atas jalan.Aku mengelak ke kiri dan cuba masuk kek laluan asal.Entah macam mana selepas itu kenderaan sukar dikawal dan masuk lorong yg bertentangan.Mujur tidak ada kereta dihadapan.Aku cuba masuk semula ke laluan asal semula tetapi kereta terus terbabas ke tepi jalan dan melanggar tebing.Betapa gementar pada masa itu mendengar tangisan anak-anak.Kemudian ada sorang brader tolong membantu. Dia tanya....mengantuk ke bang?
Aku cerita apa yang sebenarnya berlaku.
Selepas itu ramai orang yang memberhentikan kenderaan untuk membantu.Aku ucapkan terima kasih pada durang sebab aku  dah call panel insuran utk towing.
Semoga perjalananku selepas ini akan sentiasa dilindungi.....amin.....


No comments:

Post a Comment