Tuesday, December 27, 2011

Balik Kampong



Rumah ni dah banyak mengalami perubahan.Tempat aku dibesarkan.Rasa tenang bila berada di sini.Tapi rumah ini agak sepi selepas pemergian ibu.Semasa ibu masih ada, orang kampung sering datang meminta pertolongan daripada ibu kerana ibu merupakan seorang bidan kampung.Ibu sanggup melayan sesiapa sahaja yang datang meminta pertolongan tidak mengira waktu.Ayahanda ku masih tinggal di sini bersama-sama adikku yang bongsu.Dia jelah yg jaga ayah sebab anak-anak lain semuanya jauh.Termasuk aku.Jumpa semua adik beradik pun time raya atau masa ada kenduri jer.

Tempat ni juga jd nostalgia buatku..."parit".Masa kecik2 lepas main bola selalu berkubang kat sini.Masa tu aktiviti memancing pun jd hobi aku.Tapi skg nak mandi pun geli.Sisa kumbahan dari ladang ternakan ayam menyebabkan air mengandungi toksik.Ikan pun susah nak hidup, x macam masa aku kecik dulu.Kecuali spesis puyu yang tahan lasak.Ikan haruan, keli susah nak nampak.nak salahkan sapa.Kebun dah jd milik bangsa asing. Suka ati dia nak ternak ayam ke...tenuk ke..cipan...apa apa jer.Org kita taunya jual kebun.Mujur aku bawak anak gi mancing. setidak-tidaknya kenal juga dengan Si Puyu ni. Kata orang tua2 bagus bela ikan puyu dalam rumah.Untuk elakkan daripada kena 'black magic'.Sebab ada ilmu2 hitam yang kalah dengan Si Puyu ni.

No comments:

Post a Comment