![]() | |||
| UPSR 2015 |
KepadaMu Kekasih Aku berserah Kerana ku tahu Kau lebih mengerti Apa yang terlukis di cermin wajahku ini Apa yang tersirat di hati Bersama amali
Saturday, November 21, 2015
Saturday, April 13, 2013
Astagfirullah....
26 Mac 2013 menjadi titik penting dalam hidupku.Betapa aku bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk terus menghambakan diri padaNya.Sungguh tidak ku sangka pada pagi itu setelah aku solat subuh dadaku terasa semacam ada satu tekanan yang kuat.Badanku berpeluh...peluh yang sangat sejuk.Aku memanggil isteriku , dia amat terkejut. Disebabkan isteriku seorang pegawai perubatan dia amat memahami apa yang berlaku.Aku dikejarkan ke hospital Batu Pahat.Di unit kecemasan doktor bertungkus lumus menyelamatkan nyawaku.Aku disahkan mendapat serangan jantung.Mulai hari itu aku telah di tahan di wad.Badan rasa tidak bermaya kerana setiap ketika darahku di ambil untuk ujian.Sampai satu peringkat nurse yang bertugas tak tau bahagian mana lagi yang hendak dicucuk.
29 Mac 2013 Aku dibenarkan keluar hospital.Setelah empat hari barulah aku dapat menatap wajah anak-anakku.Aku peluk mereka bertiga dengan linangan air mata.Mereka masih kecil belum memahami apa yang sebenarnya berlaku.Yang mereka tahu ayah sedang sakit.
1 April 2013 Aku pergi ke IJN KL dengan ditemani isteri dan anak saudaraku, Amy.Sepanjang perjalanan aku rasa amat lemah sekali.Aku hanya mampu berbaring di dalam kereta.Sementara isteriku dan Amy rancak berbual aku terus terlena.
2 April 2013 Aku bertemu dengan pakar kardiologi, Dr Alan.Doktor menerangkan yang aku perlu menjalani satu prosedur yang di kenali sebagai Angiogram dan Angioplasty.Prosedur akan dibuat pada 10 April 2013.
3 April 2013 Rakan sekerja, Man dan Alim datang menziarahi ku.Petang itu juga kakak dan abang iparku datang.daripada nada perbualan aku dapat merasakan ada sesuatu yang hendak disampaikan. memang benar...kakakku datang untuk menyampaikan berita yang abangku yg juga menderita sakit jantung di HSA telah meninggal dunia.Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada ketika itu.tapi ku tabahkan semangat.Aku mohon disampaikan salam kepada ayahanda yang aku tidak dapat balik ke kampung..Mereka memahami keadaanku.
10 April 2013 Aku menjalani prosedur Angiogram.Aku di bawa memasuki dewan bedah jam 2.00 petang.Doktor Lim dan Dr Alan memulakan prosedur.Prosedur yang pada awalnya dijangka hanya 2 jam berlanjutan sampai 6 jam.Selama 6 jam itulah dalam keadaan sedar doktor berusaha membuat prosedur angioplasty.mereka menghadapi masalah kerana salur darahku berliku-liku.Disaat itulah aku terbayang semua wajah orang yang tersayang.Mental dan fizikal ku semakin lemah.Aku cuba mencari kekuatan dengan berzikir dan redha dengan apa juga yang akan terjadi.Kalau ini memang kafarah, aku redha menerima ketentuannya.Alhamdulillah..akhirnya aku selamat menjalani prosedur berkenaan.
Betapa aku bersyukur atas nikmat yang diberikan dan helaan nafaz yang diberikan ku dengan lafazkan dengan kalimah alhamdulillah...

Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya
Tinggal satu hari lagi menjelang Syawal.Hari raya ialah kemenangan umat Islam melawan nafsu.Walau dalam apa juga keadaan hari raya tetap disambut.Bagiku hari raya banyak mengimbau kisah-kisah lama.Kerana zaman kanak-kanak hari raya terasa begitu meriah.Bila dah meningkat dewasa ni macam dah kurang sikit.Tetapi seronok juga melihat gelagat anak yang baru belajar berpuasa.Rasa penat juga tiap-tiap minggu pergi ke mall.Ada jer barang yang nak dibeli untuk anak2 gembira.
Mengimbau kenangan lama hari raya aku mesti terkenangkan arwah emak.Pada bulan ramadhan biasanya aku akan membantu emak membuat kuih memandangkan kakak-kakaku semua sudah berumahangga dan duduk berjauhan, akulah yang biasanya menolong.Bahan-bahan arwah emak akan sediakan dan aku tolong buat dan goreng.Kuih baulu, rempeyek,kuih goyang, maruku,batang buruk,kuih buah kana dan dodol.Aku pernah tolong sediakan.Kadang-kadang kakak aku order jadi kena buat lebih.nanti dapat ang paulah.tapi lepas aku masuk U, kemudian kerja dan mendirikan rumahtangga aku dah tak dapat nak menolong.tetapi biasanya bila aku nak balik semula ke U, arwah mak akan bawakan kuih buat bekalan.Kini semuanya tinggal memori.Hanya doa ku panjatkan moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
Kenangan raya masa kecil2 di kampung memang seronok.Biasalah budak lelaki kalau tak main meriam buluh tak sah.Tambahan pulak masa tu ada filem perang macam Combat dan Ba ba Black Sheep.Kira expert jugalah buat meriam buluh ni.Alamdulillah tak pernah tercedera pun.Lepas habis raya, meriam tadi simpan dalam parit, next year boleh pakai lagi.
Sekarang dah berumahtangga lain pulak tanggungjawabnya.Kena siapkan pakaian anak2 dan hiaskan rumah sikit.Hiasan kat rumah untuk raya ni aku dan isteri buat simple jer.Maklumlah aku baru jer dapat tukar balik ke BP awal Ramadhan.Jadi persiapan tu buat yang termampu dulu.Kalau ikutkan memang banyak yang nak dibuat.Mungkin raya tahun depan kot.Inshallah ada rezeki lebih.

| Persiapan raya simple je., |
Friday, August 3, 2012
SYUKUR
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya keluargaku dapat bersatu semula di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku tempuhi selama ini.Biarlah ia tersimpan dalam lipatan memoriku.Pengalaman mengajar aku erti kedewasaan.
Kini aku bertugas ditempat baru, mendapat rakan-rakan sekerja yang baru.Aku perlu menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.Keadaan di sini agak memberi cabaran kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa.Aku cuba gunakan segala pengalaman yang ada untuk cuba mengatasinya.

Tuesday, May 29, 2012
URTI
Dah masuk 3 hari masih tak sembuh-sembuh.Hidung sumbat, dada sakit tekak perit.Jarang aku kena lama mcm ni. Biasanya telan panadol sebijik terus hilang.Tak tau virus apa yg datang.Harap x jangkit kat anak-anak.Time cuti pulak tu...x best langsung, ingat nak bawak budak jalan2.Nampaknya kena postpone dulu sampai aku sembuh.
Friday, May 25, 2012
140/98
Aku masih mengharapkan agar permohonan pindah ku ke diluluskan bulan Jun ini. Berbagai pengalaman ku lalui kerana karenah birokrasi yang menyesakkan.Terima kasih kepada yang sudi membantu dan terimakasih juga kepada yang mendoakan.Sesiapa sahaja yang berada ditempatku akan membuat perkara yang sama.Tugas dan kekeluargaan sama pentingnya.Namun demi keluarga kena lebih banyak berkorban.Akulah satu-satunya harapan.Dalam tugas pula ramai yang boleh mengambil alih.Tetapi sedih juga bila ada karenah birokrasi serta phobia kehilangan. Aku takkan menyerah begitu awal. Satu pintu tertutup, janganlah terlalu lama merenung pintu yang tetutup itu. Sehingga terlupa banyak lagi pintu-pintu yang boleh dibuka.
......SESUNGGUHNYA ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR,
......SESUNGGUHNYA ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR,
Monday, May 7, 2012
Trauma
Betapa bersyukur ku panjatkatan kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. Tarikh 13 April 2012 aku telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.Walaupun tidak mengalami kecederaan yang serius tetapi jika ada kenderaan lain pada masa itu tak taulah apa akan terjadi kepada aku dan anak-anak.Petang tu selepas mengambil anak yang sulung dari sekolah agama, aku terus bertolak dari Tenggaroh ke Batu Pahat.Seperti biasa anak-anak berasa seronok kerana dapat berjumpa dengan ibunya.....bapaknya tumpang seronok sama hehe...
Sampai disekeloh berdekatan Kem PLKN Kluang ada besi melintang atas jalan.Aku mengelak ke kiri dan cuba masuk kek laluan asal.Entah macam mana selepas itu kenderaan sukar dikawal dan masuk lorong yg bertentangan.Mujur tidak ada kereta dihadapan.Aku cuba masuk semula ke laluan asal semula tetapi kereta terus terbabas ke tepi jalan dan melanggar tebing.Betapa gementar pada masa itu mendengar tangisan anak-anak.Kemudian ada sorang brader tolong membantu. Dia tanya....mengantuk ke bang?
Aku cerita apa yang sebenarnya berlaku.
Selepas itu ramai orang yang memberhentikan kenderaan untuk membantu.Aku ucapkan terima kasih pada durang sebab aku dah call panel insuran utk towing.
Semoga perjalananku selepas ini akan sentiasa dilindungi.....amin.....

Tuesday, March 6, 2012
MUSAFIR...
Dekat 10 tahun aku dok ulang alik Mersing-Batu Pahat tak pernah singgah solat masjid ni. Masjid ni dalam kawasan penjara..kot2 nanti banduan terlepas..tak ke naya.Baru-baru ni balik berkursus di Batu Pahat dan ontw balik Mersing aku singgah masjid ni.Mula-mula risau juga takut pak guard x bagi masuk.Aku pakai redah je...ternyata sangkaan aku meleset. Bila aku minta izin nak masuk...seorang anggota lengkap beruniform dengan senyum membenarkan aku masuk.Nampak muda lagi orangnya, mungkin baru lepas SPM dan terus jadi pegawai penjara.
Aku masuk area masjid..cantik juga masjid ni.Aku terus mengambil wudhu' dan masuk dalam ruang sembahyang di dalam masjid.Aku tengok ada 4 orang budak sekolah sedang sembahyang.Aku solat zohor berjemaah dengan durang.Selesai solat kami bersalam-salaman.Sempat bersembang sekejap.Bebudak ni anak pegawai penjara semua Tingkatan 2.Aku tanya tak takut ke tinggal kat kuarters Penjara.
Durang macam nak tergelak dengan soalan aku.Tapi kontrol mgk tengok aku pakai baju batik dah macam Yang Berhormat.Durang jawab apa nak ditakutkan...bapak durang kan warden.
Ye tak ye jugak.
Sebelum balik aku snap pemandangan masjid ni buat kenang-kenangan.Aku meneruskan perjalanan balik ke Tengaroh. Anak-anak menanti kepulangan.
Monday, February 27, 2012
DIY...Tombol punya citerrr..
Korang tentu pernah kena masalah ni...terkunci bilik dan kunci tertinggal kat dalam.Tension beb..lebih2 lagi kena time nak pergi kerja.Tak de cara lain.Kena operasi pecah tombol.Kalau dah lama sangat rumah tu tak duduk...nilah jadinya.Komponen dalam tombol pun berkarat.
Perrgh..berkarat tu.Kena spray dgn anti rust baru boleh kepak keluar.Baiki tombol ni mudah jer.Boleh buat sendiri.Save sikit duit.Tak payah panggil tukang.Bila benda ni dah kuar, maka terloponglah pintu tu.Takkan nak biar jer, kena skodeng kan naya.
Bila dah mcm ni kenalah baiki.Pergi kedai hardware beli tombol baru.Macam-macam brand ada.Tapi biasalah nak yang kualiti tentulah mahal.Bila dah ada tombol tu ada bahagian yang kena ditanggalkan dulu.Kat bahagian tombol sebelah dalam ada lekukan kecil.lekukan ni kena cucuk dengan skru.Biasanya skru ni dibekalkan bersama masa beli tombol.
Masa nak tanggalkan ni kadang susah jugak.Sambil tekan dengan skru sambil tu pegang kepada tombol dan pusing-pusingkan.kena sabar.Jangan hempas pulak kalau tak boleh.Sabar mesti boleh punya.Bila dah tercabut kepala tonbol tu barulah boleh masukkan kat pintu tadi.

Barulah boleh pasang komponen-komponen lain, macam sesendal yang boleh keluar masu tu bila di pusing.Ikatkan kuat-kuat.tapi kadang loose juga sebab kita bubuh skru buat kali kedua.Tapi tak pe. yang penting tak tanggal.Kemudian lekatkan semula tombol bahagian dalam yang kita cabut tadi letakkan tempat asalnya.
Dah siap, senang kan. Tak payah panggil tukang untuk baiki.Save sikit duit ye tak. Yang penting keselamatan kita.Taklah kena skodeng hehe..Selamat Mencuba.
Barulah boleh pasang komponen-komponen lain, macam sesendal yang boleh keluar masu tu bila di pusing.Ikatkan kuat-kuat.tapi kadang loose juga sebab kita bubuh skru buat kali kedua.Tapi tak pe. yang penting tak tanggal.Kemudian lekatkan semula tombol bahagian dalam yang kita cabut tadi letakkan tempat asalnya.
Wednesday, January 25, 2012
Zaman Dolu-Dolu...Rock Steadyyyy
Memang seronok mengimbas masa lalu.Kalau dapat di ulang semula masa remaja kan best....banyak nostalgia.
Sebenarnya dah lama aku cari gambar ni.Aku lupa letak kata mana.Maklumlah selalu sangat berpindah randah.Masa ni aku Form 5 kat SMK Senggarang .Tak tau kat mana Senggarang korang try kat Google...LOL..Kira-kira 24 tahun yang lalu. Lama tu beb.... masa ni memang zaman ROCK!!! band2 mcm Search, Wings, Lefthanded, BPR memang tengah top.Aku rasa masa tu aku hafal semua lagu band2 ni. Yelah syok sendiri dgn gitar Kapok.
Bro2 ni semua ada yang aku masih contact. Mujur ada FB. Yang tak main FB loose contact.Faham la tu. Gang2 OTAI mana ada masa main FB .Yang aku tau ramai juga yg jadik cikgu mcm aku...hehe.Ada yang jd org kuat kat PPD lagi. Yang tengah menjerit tu khabarnya org kaya...hari2 kira duit.Sori bro Hatta..hehe.Dia ni ketua kelas masa tu.Memang ROCK habiss...
Gang perempuan??? Mana ada. Rockers mana main jiwang2.Tengoklah aku try carik lagi album lama yg dah kena makan anai2 kot2 ada gambar aweks 5SC1.Tungguuuu....
Tuesday, December 27, 2011
Balik Kampong
Saturday, December 24, 2011
Home Sweet Home

Masih belum siap sepenuhnya,Harap2 dapat disiapkan sebelum aku balik semula ke Mersing.
Rumah ni tak pernah aku duduk sejak dapat kunci 4 tahun yang lepas. Kawan2 selalu menyindir aku ni orang kaya sebab bagi 'sewa' rumah pada nyamuk dan ular.Cuti sekolah ni aku buat sikit-sikit sebab budget pun ciput.Korek duit KWSP berapalah sangat.Nak buat loan, tambah pulak hutang.
Inshallah di sinilah aku dan keluargaku akan menetap.Walaupun bukan istana tapi bagiku rumah ini cukup bermakna.Aku beli dengan titik peluhku sendiri.Cukuplah untuk berlindung dari panas dan hujan.
Disebabkan rumah ini aku dan beberapa orang rakan turun naik mahkamah tribunal.Kena 'kencing' dengan pemaju.Entah dimana silapnya, tuntutan kami gagal.sedeyyy wooo...buang duit, buang tenaga...buang masa.. Penah sekali nak naik court, drive dari Kuantan ke JB tengah2 malam buta.Siap tido rumah member lagi ( Mie Sotom) jasamu dikenang.
Penah sekali terfikir nak jual rumah ni.Tapi takut menyesal nanti.dah ada orang tanya.tapi aku main tarik tali.Aku up 180K.Dia tak sanggup.Sebenarnya aku tak nak jual pun.
Cuti panjang ni aku renovate sikit.Jadi taklah macam rumah kongsi mat Indon.Aku cat balik, mana yang retak plaster balik, pasang grill, awning, buat plumber sikit.Kira ok gak bro2 yg tolong buat nih.
Masa tengok durang buat aku bawak anak2 sekali.Lain plak jadinya.Anak-anak kena batuk2.Yelah banyak habuk.Yang sulung ada penyakit athma.Allergic dgn habuk.Demam dan batuk dah seminggu x baik2.Kesian pulak...tapi apa boleh buat.Anak-anak pun turut sama berkorban.Kecik-kecik dah diajar pengorbanan.
Saturday, December 17, 2011
MONOLOUGE UNTUK HAZIQ
Jauh sekali untuk menyakiti
Ya..memang ayah sedikit emosi
Kau masih kecil untuk mengerti
Keadaan kita...
Ayah sayang semua anak ayah
Caca dan Faris
Seperti juga Haziq
Ayah rela mati
Demi kamu
Orang hanya mengadili luaran
Tak mengapalah
Lumrah alam
Orang menjaja cerita
Tak mengapalah
Aku sabar
Aku simpan
Aku redha
Ayah sayang kamu semua
Ibu
Haziq
Faris
Caca
Wednesday, November 16, 2011
aKU DaN SeSuaTu
2011 hampir melabuhkan tirai
disini tetap aku gagah berdiri
demi soladadu kecil
menelan pahit maung
berkongsi tawa duka
tidak pernah menyesal
dengan takdirNya
semua ada hikmah
yang baik buat tauladan
yang buruk jadi sempadan
aku belajar mengenali hati manusia
semuanya adalah persepsi
cuba mendekati walaupun jauh
cuba memahami walaupun sangsi
andainya persahabatan terhenti di sini
relakanlah...kerana tiada sesuatu yang kekal
kecuali Yang Maha Kuasa.

Sunday, November 13, 2011
YAKIN ADA CAHAYA SELEPAS MEREDAH KEGELAPAN MALAM
Semoga perjalanan kehidupan ini
akan terus bercahaya
KepadaMu Ya Allah ku mohon
Berilah kejayaan kepada zaujah
Semuanya Fisabilillah
Bukan sedikit dugaan ku tempuh...
Aku belajar erti sebuah pengorbanan
Walaupun sesekali terasa ngilu
Patah sayap bertongkat paruh
Itulah pengertian
Itulah kasih sayang
akan terus bercahaya
KepadaMu Ya Allah ku mohon
Berilah kejayaan kepada zaujah
Semuanya Fisabilillah
Bukan sedikit dugaan ku tempuh...
Aku belajar erti sebuah pengorbanan
Walaupun sesekali terasa ngilu
Patah sayap bertongkat paruh
Itulah pengertian
Itulah kasih sayang
Thursday, November 4, 2010
exam oh exam....!!!!
Monday, October 11, 2010
HIDUP SATU PERJUANGAN....
Subscribe to:
Posts (Atom)